Latar belakang Afnan Hamimi Taib Azamudden

Afnan Hamimi merupakan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Taib Azamudden Md Taib, dan merupakan abang kepada Pencetus Ummah Akram, peserta rancangan Pencetus Ummah terbitan Astro.

Afnan Hamimi melanjutkan pengajian Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) di Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.